Wednesday, February 3, 2010

Dhal Cha Daging

Photobucket

Bahan-bahan :
200gm Daging lembu, dipotong nipis dan direbus empuk
100gm kacang dhal, direbus hancur
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 biji bwg besar
2 inci kayu manis
Sekuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar serbuk rempah kari, dibancuh dgn sedikit air
1 batang lobak merah, dipotong panjang
Kacang buncis atau kacang panjang, dipatah2
1 batangTerung..
Sebiji ubi kentang, di belah 6
sebiji buah tomato, dibelah 4
1 mangkuk santan

Cara-cara:
1. Tumiskan bwg merah dan bwg putih sehingga agak layu. Masukkan segala rempah ratus sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau.
2. Masukkan daging dan kacang dal yg telah direbus empuk. Terus tambah air dan biar mendidih.
3. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang empuk.
4. Masukkan lobak, kacang buncis dan bawang besar. Kalau ada terung bubuh sekali.
5. Tuang santan dan masukkan garam secukup rasa. Terus kacau dan masukkan buah tomato sebelum diangkat.

Fried Char Kuey Teow

Photobucket

Bahan-bahan:
Sebungkus kuey teow
Udang basah saiz sederhana
3 biji bawang putih, diketuk
2 sudu cili kisar
2 sudu kicap cair
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
2 biji telur
Daun kucai
Taugeh
Garam secukup rasa..

Cara-cara :
1. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak. Masukkan udang.
3. Masukkan semua sos. Kacau rata. Masukkan sedikit garam.
4. Pecahkan telur dan kacau hingga telur agak kental sedikit, terus masukkan kuey teow dan taugeh. Kacau rata tapi jgn terlalu lama kerana ini akan menghancurkan kuey teow dan melayukan taugeh.
5. Padamkan api dan taburkan daun kucai secukupnya.

Kueh Keria

Photobucket

Bahan-bahan:
2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam

Untuk menyira:
1 cawan gulapasir
1 cawan air

Photobucket

Cara-cara:
1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras. Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.

Untuk menyira:
1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula.
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertai-tali jatuh apabila dilelehkan dari senduk. JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS. Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!!
3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.

Ayam percik Indonesian Style

Photobucket

Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong 8

Dikisar
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai
6 biji buah keras
Santan pekat dari sebiji kelapa
tambahkan 2 sudu cili kisar

Dikoyak2
2 helai daun kunyit
6 helai daun limau purut

Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kisar dan santan dalam kuali dan kacau seketika.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga kuah agak mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Keluarkan ayam dari kuali dan atur di atas dulang pembakar. Sementara itu, terus masak kuah hingga likat.
4. Bakar ayam pada suhu tinggi sehingga garing. Sesekali siramkan kuah percik ke atas ayam.
5. Hidangkan ayam bersama kuahnya.

Photobucket

Kuah satey with Lontong

Photobucket

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah.

Hershey's Brownies

Photobucket

Ingredients :
1 cup butter or margarine
2 cups sugar ( I used only 1 1/4 cups brown sugar)
2 teaspn vanilla extract
4 eggs
3/4 cups hershey`s cocoa powder ( I used the usual cocoa powder)
1 cup all purpose flour
1/2 teaspn baking powder
1/4 teaspn fine salt
1 cup chopped nuts (I used chopped cashew nuts, almonds & walnuts)

Method:
1. Heat oven to 170 deg cel. Grease 13" x 9" pan.
2. Place butter/margarine in a large microwave-safe bowl and microwave at HIGH for 2 or 2 1/2 mins or until melted. Let cold.
3. Stir in sugar and vanilla essence.
4. Add eggs one at a time, beating well with spatula after each addition.
5. Add cocoa powder, beat until well-blended.
6. Add flour which has been sifted with baking powder and salt. Beat well.
7. Stir in nuts.
8. Pour batter into prepared pan and bake for 30mins to 35mins or until brownies begin to pull away from sides of pan. Cool completely on wire rack. Frost with cooking chocolate and dust surface with icing sugar. Cut into bars and ready to serve.

Kueh Lapis

Photobucket

Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..boleh tambah jika suka lebih manis
3 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.

Photobucket

Ikan Bakar

Photobucket

Bahan2:
1 ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk
Halia, diketuk
Serai, diketuk
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam & Gula Merah secukup rasa

Cara2:
1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga pekat dan naik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula merah.
4. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
5. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.
6. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak. Sesekali lumurkan lagi sambal.

Photobucket

Sambal Sotong Kembang

Photobucket

1.Bersihkan sotong dan potong mengikut size yg agak besar.
2.Tumiskan bawang , halia dan bawang putih hingga naik bau. Masokkan cili kisar.
3.Masokkan air asam jawa dan sesekali kacau hingga cili masak.Tambah air jika perlu.
4.perasakan dgn garam dan gula.Campurkan sesudu sos tiram.Masak hingga kuah agak pekat.
5.Pastikan sambal sudah betol2 masak baru masokkan sotong .Jgn masak sotong terlalu lama kerna ini akan meliatkan sotong.
Hidangkan

Ketam Sambal

Photobucket

Bahan2:
5 ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2, sepit besar ditanggalkan dan diketuk sedikit.
Air asam jawa.
Garam & gula secukup rasa

Dikisar bersama air:
1 bawang besar
5 bawang kecil
5 bawang putih
2 inci Halia
1 inci Lengkuas
3 batang Serai
1 inci Kunyit hidup
Cili kering, kuantiti ikut kepedasan
Cili padi, kuantiti ikut kepedasan

Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar. Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan naik minyak.
2. Masukkan ketam, kacau hingga rata.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Perasakan dengan garam dan gula.

Donut Ikan Bilis Sambal

Photobucket



Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster

Bahan B
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.

Inti:
Sambal Ikan bilis

Cara2:
1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Karipap Pusing

Photobucket

Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

Spiral Curry -Steps

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Inti kentang:
2 biji kentang, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
Photobucket

Bubur Cha Cha

Photobucket

Ingredients:
200gm dried cha cha
A bowl of thick coconut milk (may add additional thin coconut milk if necessary)
Sweet potatoe (keledek..preferably the yellow one), diced
Sugar
A pinch of salt
Pandan leaf

Method:
1. Boil dried cha cha and sweet potatoe seperately until softened.
2. Combine coconut milk, sugar and salt in a casserole and let simmer for a while. Stir so as not to let the mixture get crumbled.
3. Add in softened cha cha and sweet potatoe. Let simmer and adjust the sweetness.
4. Put in the pandan leaf, stir a while and you are done.

Char Hor Fun

Photobucket

Ingredients:
- makes 6 to 7 servings

1 pckt raw kuey teow (abt 600gm)
3 cloves garlics
1 teaspn white pepper
1/2 teaspn black pepper
chicken fillet, thinly sliced
meat, thinly sliced
12 med sized prawns
15 fishballs
5 crab flavoured fish filamen
2 cubes chicken stocks
1/2 carrot, julienned
kailan
spring onion
eggs
sesame oil
5 tblspn soy sauce
corn flour, mix with 1/2 cup of water
Water, sufficiently

Method :
1. Clean kuey teow with hot water. Drain and keep aside.
2. Sprinkle 2 or 3 drops of sesame oils into frying pan and pour in soy sauce. Immediately add in kuey teow, stir just until soy sauce coated the kuey teow.
3. Divide and place kuey teow on prepared plates.
4. Seperately prepare the gravy. Just stir fry garlics, add in peppers. Continue fry, then add in meat. Stir and leave to cook.
5. Add in chicken fillet, prawn, fishballs and crab filamens and vege.
6. Pour in water and let simmer for a while. When it starts to boil, crush in chicken stocks and pour in cornstarch mixture and let simmer until gravy thickens.
7. Add salt to taste. 8. Break eggs into gravy one by one (qty according to servings) but do not stir.

* Just pour the hot gravy on kuey teow served on plates.. and have with soy sauce and bird chillie.

Kueh Berlauk

Photobucket

Ingredients:
For the batter
2 cups multipurpose flour
2 cups water 1 cup coconut milk ( I used half packet of coconut powder)
1 egg
1 tespn salt
A little tumeric powder to colour the batter yellow
*Mix all ingredients and filter.

For the filling:
1 cup minced meat
1 onion 1 clove garlic
1/2 teaspn black pepper
1 tespn curry powder
1/2 teapn tumeric powder
1/2 tblspn oyster sauce
1 tblspn chillie sauce
Salt and sugar to taste * Stir fry as usual.

Method :
1. For the batter, mix well and filter into a jug with long nozzle for easy pouring.
2. Grease the mould with cooking oil using screwpine leave or pastry brush.
3. Pour in the batter 3/4 full into the mould not to let overflows. Put on the lid (I recommend casserole lid coz you can see thru) and wait until the batter half-cooked.
4. Put in the fried minced meat. Garnish with chillie or spring onion/celery.
5. Put on the lid and leave to cook. 6. Take them out using toothpick or fork. Serve warm.

Opor Ayam

Opor Ayam

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (kira-kira 1½ kg) –dibersihkan, potong ikut suka
3 gelas santan pekat (diambil dari 1 biji kelapa)atau (400 ml santan kotak + 200 ml air)
1 cawan air
¾ cawan minyak masak
4 ulas bawang merah (b.kecil) –dihiris (utk tumis)
8 helai daun limau purut

Rempah Kisar
2½ sudu besar ketumbar
8 btg lada merah
8 btg lada kering
1 inci halia
½ inci kunyit hidup
3 biji buah keras digoreng
1 inci lengkuas (dititik)
1 btg serai
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

garam secukup rasa
1 sudu teh gula
jus dari 1-2 biji limau kasturi

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk Tumis bawang merah yg dihiris tadi hingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah kisar dan daun limau purut lalu masak hingga rempah garing, baru masukkan ½ cawan air. Teruskan masak sehingga terbit minyak dan bubuh ½ cawan air.

2. Bila lauk terbit minyak sekali lagi, baru masukkan santan pekat. Biarkan hingga mendidih lalu masukkan ayam, gula, jus limau dan garam. Masak sebentar sehingga ayam empuk dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.

Picture Opor Ikan

Photobucket

Ikan Cencaru msk Kicap

Ikan Cencaru msk Kicap

Ingredients :
2 ikan cencaru, cut into three each
1 onion, sliced
2 shallots, sliced
3 cloves garlics, chopped
thumbsize ginger, crush
2 teaspn white pepper
2 inch cinnamon stick
1 star anise
3 cardamom seeds
3 cloves
6 tablespn thick soya sauce ( I used kicap kipas udang)
1/2 bowl water
salt to taste
a little asam jawa

Instructions:
1. Rub fish with a little salt and tumeric powder. Fry and keep aside.
2. Fry onion, shallots, garlics and ginger till withered. Add in the spices and white pepper, saute till fragrant.
3. Add in soya sauce, stir and pour in water. Bring to boil.
4. Add in the fried fish. Continue stirring until gravy thickened.
5. Add salt to taste and a little asam jawa juice. Serve.

Ketam Masak Lemak

Ketam Masak Lemak

Bahan2:
4 ekor ketam sederhana besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci kunyit hidup
Seinci halia
5 biji cili api
1/2 paket santan serbuk dibancuh dengan 2 mug air
Beberapa keping hirisan nenas
1/2 keping asam gelugor
garam gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara2:
1. Bawang2, kunyit, halia dan cili api dikisar lumat. Panaskan kuali dan tumis. Masukkan serai, apabila naik bau terus tuang santan.
2. Bila mendidih masukkan ketam, kacau sebentar. Masukkan hirisan nenas dan asam gelugor. 3. Masukkan garam & gula secukup rasa.

Terong sambal


Photobucket

Bahan-bahan :
Sedikit minyak masak utk menggoreng dan menumis
Satu batang terung panjang, dibelah dan dipotong panjang
Satu biji bawang besar, dicincang halus
2 biji bawang putih, dicincang halus
Segenggam ikan bilis, dibasuh dan dicincang halus
Sedikit belacan
2 sudu makan cili kisar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Goreng terung dgn sedikit minyak hingga layu dan agak garing tepinya.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
3. Gunakan minyak yg sama, tumiskan bawang hingga layu dan kekuningan.
4. Masukkan belacan, cili kisar dan tambah sedikit air asam jawa. Tumis sehingga cili masak.
5. Masukkan gula dan tumis lagi hingga sambal pekat sedikit.
6. Masukkan semula ikan bilis. Perasakan dgn sedikit garam dan kacau hingga sebati.
7. Masukkan semula terung yg digoreng tadi dan gaul sekadar tersalut sambal pada terung.

Bee Hoon Goreng Putih

Photobucket


Bahan-bahan :
Bee Hoon kering, rendam dgn air panas hingga lembut dan toskan
Bawang besar kisar
Bawang putih kisar
cili api
Ikan bilis, direndam dan tumbuk
Serbuk lada putih
Sos tiram
Udang basah
Telur
Taugeh dan sayur2 lain ikut suka
Garam secukup rasa
Daun bawang, daun seleri dan bawang goreng utk hiasan
Cili Hijau cuka

Cara-cara :
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili api hingga layu.
2. Masukkan lada putih. Kacau seketika dan masukkan udang dan sotong. Jika suka boleh masukkan fishball dan fishcake.
3. Masukkan sos tiram, kacau2 dan masukkan sesayuran pilihan.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Pecahkan telur dan kacau2 biar hancur.
6. Masukkan bee hoon dan kacau hingga betul2 lembut dan sebati.
7. Masukkan taugeh dan kacau rata tapi tak perlu terlalu lama.
8. Hiaskan dengan taburan daun bawang, daun seleri dan bawang goreng. Hidangkan juga dgn Cili hijau cuka.
bismillah