Wednesday, February 3, 2010

Fried Char Kuey Teow

Photobucket

Bahan-bahan:
Sebungkus kuey teow
Udang basah saiz sederhana
3 biji bawang putih, diketuk
2 sudu cili kisar
2 sudu kicap cair
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
2 biji telur
Daun kucai
Taugeh
Garam secukup rasa..

Cara-cara :
1. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak. Masukkan udang.
3. Masukkan semua sos. Kacau rata. Masukkan sedikit garam.
4. Pecahkan telur dan kacau hingga telur agak kental sedikit, terus masukkan kuey teow dan taugeh. Kacau rata tapi jgn terlalu lama kerana ini akan menghancurkan kuey teow dan melayukan taugeh.
5. Padamkan api dan taburkan daun kucai secukupnya.

No comments:

Post a Comment

bismillah