Friday, April 16, 2010

Sweet N Sour Crab

Theres apek came to my home to sell crabs??? you know wat?? i bought it .It cst me $30 for 10 big crabs.. Wow!! Thats cheap i think .Here to celebrate my son's birthady.. i cook that crabs.

Photobucket


Bahan Bahan
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan Kisar
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar

Photobucket

Thursday, April 1, 2010

Sambal Jenganan

Photobucket

BAHAN-BAHANNYA:
200 g kacang tanah
20 tangkai lada kering - direndam supaya lembut
2 ulas bawang putih - gunakan seluruh bawang, jangan dihiris.
1 cbsr rata asam jawa - dibilas
1 cteh penuh belacan
2 cawan air masak
2-3 cbsr penuh gula (sebaiknya gunakan gula merah)
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
Panaskan minyak secukupnya. Goreng kacang tanah dengan api sederhana hingga garing. Angkat dan toskan.

Pejarkan minyak semula. Tumiskan lada kering hingga berubah warnanya (anggaran 1/2 minit). Angkat. Kemudian tumis bawang putih hingga layur. Diangkat dan ketepikan.

Kepal-kepalkan asam biar bulat dan tumis hingga berubah warnanya. Akhir sekali goreng belacan dengan sedikit minyak. Sesudah belacan kelihatan garing, diangkat.

Ramas asam dengan air masak dan tapis. Kisar kacang tanah (dengan kulitnya sekali) agak kasar-kasar dan letakkan dalam mangkuk hidangan.

Kisar pula lada, belacan dan bawang putih serta 1/2 cawan air asam sehingga halus. Selepas itu tuangkan air asam yang selebihnya, gula dan garam. Tuangkan campuran ini ke dalam mangkuk kacang tanah. Dikacau hingga sebati. Jika perlu, tambah lagi setengah cawan air masak, kuahnya mestilah pekat.

CARA MENGHIDANGKANNYA:
Aturkan sayur-sayuran di atas pinggan. Letakkan tahu dan tempeh di atasnya. Tuangkan kuah kacang apabila hendak dihidangkan.

BAHAN-BAHAN JENGANAN:
150 g taugeh - buangkan ekornya
300 g kangkung - dikerat 4 sm panjang
100 g kacang panjang - dikerat 2 sm panjang
3 keping tahu - dibelah 4 (bentuk 3 segi)
2 keping tempeh
150 g kobis - dihiris halus atau kasar-kasar (lihat CARA MEMBUATNYA)
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
Tuangkan air ke dalam periuk. Masukkan satu sudu teh garam. Jerangkan air sehingga mendidih.

Celur berasingan kemudian ketepikan: kacang panjang, kangkung, taugeh. Pastikan airnya mendidih setiap kali bahan di atas dicelur.

Untuk hidangan seperti ini biasanya kobis dimakan mentah-mentah. Oleh sebab itu kobis hendaklah dihiris halus-halus. Potong kasar-kasar sekiranya kobis hendak dicelur seperti sayuran lainnya.

Goreng tahu (jangan terlalu garing). Toskan dan ketepikan, kemudian goreng tempeh hingga garing. Dikerat kecil-kecil supaya mudah dimakan.

Photobucket

Lemak Nangka

Photobucket

Bahan2
400-500 gm nangka muda (potong kecil & direbus hingga empuk)
300 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
secukup minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sebentar.
2. Masukkan 2 cawan air bersama nangka yg telah direbus tadi. Kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan pula santan pekat dan garam. Kacau rata. Kalau perlu, boleh ditambah air lagi mengikut kepekatan kuah yg anda suka. Terus mengacau sekali-sekala agar kuahnya tak “pecah santan”.
4. Bila dah mendidih, matikan api.

Note :
Anda juga boleh masak lauk ini dgn satu lagi cara iaitu dgn “melebur’ atau masukkan kesemua bahan ke dalam periuk sambil dikacau sekali-sekala sehingga mendidih/masak.

Photobucket

Lemak Turi

Photobucket



Bahan-Bahan
1 ikat daun turi dibersihkan dan diambil daunnya saja
2 biji keledek (potong kecil)
200 ml santan kotak
2-3 cawan air
garam secukup rasa
secubit perasa (optional)
1-2 sudu besar minyak (utk menumis)

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 btg kecil cili merah (boleh ditiadakan)
1 cm kunyit hidup (atau 1 sudu teh kunyit serbuk)
2 sudu besar (bumbung) udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Kacau sebentar.
2. Masukkan air dan sedikit santan bersama keledek. masak hingga keledek empuk baru masukkan daun turi, lebihan santan tadi dan juga garam.
3. Kacau hingga kuahnya mendidih sebentar sebelum dimatikan api.


Note:
1. Secara umum, Lauk Lemak ni, tak kiralah yg menggunakan sayur turi, pucuk paku/pakis, daun ubi, nangka, dll, boleh dimasak dgn kaedah 'melebur'. Maksudnya, tak perlu ditumis dgn minyak. Kesemua bahan kisar dimasukkan ke dalam periuk bersama air/santan yg mencukupi lalu dimasak hingga mendidih barulah dimasukkan sayuran tadi agar sayur tu jgn layu sgt. Nanti hilang vitaminnya pulak!

Photobucket

Friday, February 26, 2010

Asam Pedas Ayam

Finally got an idea to cook asam pedas ayam for today. Actually today gonna be very busy day.So before i start doing things at home i cook first for my family.

Photobucket

Bahan-bahan:
1 kg ayam
7 batang daun kesum
2 biji tomato [belah 4]
3 mangkuk air
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
garam

Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
2 cm belacan [jika suka]
1 s/k kerisik

Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air.
4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga ayam empuk.
5. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
6. Angkat dan hidangkan.

Photobucket

Thursday, February 25, 2010

Biskut Almond London

Photobucket

Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua 1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.

Photobucket

Wednesday, February 24, 2010

Lemak Siput Sedut

Photobucket

Bahan
1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan]
2 cawan santan cair
2 santan pekat
1 biji kelapa
1 biji ubi keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
1 helai daun kunyit [koyakkan]

Bahan Kisar
20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas bawang kecil
garam
serbuk kunyit

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didehkan perlahan-lahan sehingga mendideh.
2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendideh sekali lagi.
3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Photobucket

Sunday, February 21, 2010

Mee Bandung

Photobucket

Ingredients
1.6 kg Yellow noodles
250g Chicken, cooked, shredded
200g Prawns, cooked and peeled
3 Sunny Side-up eggs
400g Beansprouts, blanched

Mee Bandung Gravy:
3 ltr Water
100g Shallots, peeled, sliced
60g Garlic, peeled, sliced
80g Ginger, crushed
90g Chinese celery, sliced
100g Ripe tomatoes, sliced
40g Beef Broth
50g Prawn Cube
200g Tomato ketchup
45g Chilli paste
50g Sugar
1 Egg white

Garnish Ingredients:
40g Spring onions, sliced
40g Chinese celery, sliced
30g Red/green chillies, sliced
50g Shallots, sliced, fried
10 Key lime (calamansi will be better)

Mee Bandung Gravy
1.Bring a pot of water to a boil. Add in sliced shallots, garlic, local celery, tomatoes and crushed ginger. Reduce to low heat and simmer for 3-5 minutes.
2.Add in beef broth , prawn cube, tomato ketchup and chilli boh. Stir well and adjust seasoning with sugar to taste.
3.Simmer for 5 minutes and strain.
4.Put the pot holding the gravy back on the stove and gradually add in beaten egg white. Remove and keep warm. To serve:
5.Blanch yellow noodles in a pot of boiling water for a few seconds.
6.Remove, strain and place it into serving bowls.
7.Add in sliced fish cake and blanched beansprouts.
8.Pour in hot Bandung gravy and garnish with shredded chicken, sliced spring onions, local celery, chillies, fried shallots and calamansi.
9.Serve hot.

Photobucket

Talam Kacang Hijau

Talam kacang Hijau


Ingredients
400 gm sifted green bean flour
100 gm hoen kwee flour
80 gm sifted tapioca flour
600 gm palm sugar
200 gm fine sugar
1 tsp salt
2500ml thick coconut milk
2 tsp green food colouring
2 pandan leaves
7 inch square baking tin

1. Heat coconut milk with palm sugar, fine sugar and pandan leaves until sugar dissolves. Strain and put aside to cool.
2. Combine all ingredients in a big bowl and add the coconut milk little by little until finish.
3. Stir till mixture is smooth, strain and divided into 2 potions. 1 potion add in green food colouring and the other without any colour.
4. Grease baking tin and line with greaseproof paper. Place baking tin in steamer and steam for 5 minutes.
5. Remove baking tin from steamer.
6. Pour in ½ cup of the first colour batter; return baking tin to steamer and steam for 5 minutes.
7. Remove baking tin from steamer, pour in ½ cup of the second batter without any colouring and steam for 5 minutes.
8. Repeat the layering and steaming with a different colour of batter for each layer. After pouring in the last layer, steam for 15 minutes to cook through.
9. Remove and let cool. Cut into serving pieces.

Photobucket

Tuesday, February 16, 2010

Pulut Serunding


Pulut Serunding

Bahan-bahan :
1 biji kelapa putih (diparut) – atau beli jer yg dah parut.
200 gm daging cincang (cuci dan toskan)


Bahan Kisar
2 sudu makan udang kering (direndam)
2 batang serai
1½ cm lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil (merah)
4 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
12 batang cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit
*Kisar semua bahan di atas hingga halus*

5-6 sudu makan gula timbang (hitam)/gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam pekat
garam secukup rasa
beberapa helai daun limau purut
minyak utk menumis

600 gm pulut
secukup santan pekat (dari 1/2 biji kelapa) - boleh gunakan santan kotak
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)

Cara:
1. Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Kemudian, masukkan daging cincang dan dibiarkan sebentar. Sesudah itu, masukkan gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.

2. Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.

3. Ambil sedikit pulut tadi dan kepal-kepalkan menjadi bebola yg sederhana besarnya. Golekkan ke dalam serunding dan alihkan ke dalam sebuah bekas/pinggan. Buat begini hingga selesai kesemua pulut tadi. Taburkan lebihan serunding ke atasnya.

Photobucket

Monday, February 15, 2010

Kek Lapis Legit

Photobucket

Bahan-Bahannya:
20 biji kuning telur
200 gm gula halus
350 gm mentega
4 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh vanilli
85 gm tepung Hong Kong (ayak bersama b.powder)
2-3 sudu teh rempah kuih
¼ sudu teh baking powder

Peraturannya:
1. Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur bersama vanilli. masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata-rata.
4. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit bersama rempah kuih. Kacau lagi hingga adunan sebati.
5. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.

Nota :
a) Anda boleh gunakan loyang 7" x 7".
b) Suhu oven kira-kira 200 darjah Celsius (sesuaikan dgn oven anda).
c) Satu lapisan menggunakan kira-kira 1½ - 2 senduk adunan.
d) Lapiskan setiap lapisan dgn hati-hati. Ini disebabkan, oleh kerana adunan kek ni tak pakai putih telur, adunannya pekat sket. Bila kita nak ratakan dgn belakang senduk tu, ia agak payah sket - "kurang licin".

Kek lapis legit

Kek Lapis Nutella

Photobucket

Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Nutella
180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)
3. Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
4. Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.
6. Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.

kek lapis nutella

7. Bakar sehingga selesai adunan dgn anggaran suhu 180 – 210 darjah Celsius (mengikut kesesuaian oven anda).

Photobucket

Saturday, February 6, 2010

Epok Epok Sayur

Epok epok sayur

Kulitnya
1kg tepung gandum
2 sudu besar (bumbung) minyak sapi
120 ml minyak masak
350 ml air hangat/panas
1½ sudu teh garam (campurkan pada air hangat/panas)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Kemudian masukkan pula minyak masak dan gaul lagi. Akhir sekali masukkan air hangat sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu, buatlah bebola-bebola kecil mengikut saiz yg anda suka. Kemudian canai nipis dan isikan dgn inti sayur dan kelimlah dgn rapi dan kemas. Goreng dgn minyak yg mencukupi dgn api yg sederhana panas sehingga kekuningan. Hidangkan dgn sambal cuka.

Inti Sayur
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 btg kecil cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
(Kesemua bahan di atas di tumbuk/kisar halus)

400 gm taugeh (bersihkan, kalau rajin buang ‘ekor’nya)
1 biji sederhana sengkuang (hiris seperti lidi mancis)
½ batang lobak merah (hiris seperti lidi mancis)
sedikit daun sup/bawang
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis (kira-kira 3 sudu besar)

Cara:
Panaskan minyak dlm kuali lalu tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata dan biarkan sebentar sehingga separuh masak. Kemudian masukkan taugeh dan garam. Kacau sebentar sehingga rata. Jangan terlalu lama agar taugeh tidak terlalu layu. Akhir sekali bubuh daun sup/bawang. Gaul dan matikan api. Sejukkan dahulu sebelum digunakan.

Sambal Cuka:
10 sudu besar (bumbung) cili kering kisar
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2-2½ cawan air
1 sudu teh garam
3 sudu besar cuka
4 sudu besar gula pasir

Cara:
Satukan semua bahan dan masaklah di atas api yg sederhana sehingga mendidih. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Tambah dan kurangkanlah apa yg perlu. Bagi anda yg tak boleh makan cuka, tukarkan dgn air asam atau sos tomato.

Photobucket

Photobucket

Kueh Lopes

Kueh Lopes

Bahan- Bahan:
1 kg pulut (dicuci bersih, toskan)secukup air
40-50 gm abucang (yg ditumbuk kasar2)secukup
daun pisang (dipotong selebar 3 inci)
tali rafia (utk mengikat lopes)
1 biji kelapa parut putih
½ sudu teh garam halus
500 gm gula Melaka
4 sudu makan gula pasir
500 ml air
3 helai daun pandan

Cara :
1. Pulut direndam dengan air dan abu chang selama 2 jam, kemudian toskan.
2. Rendam daun pisang dalam air panas sebentar sehingga lembut sedikit dan lap kering. Lipat daun pisang dan bentukkan tiga segi (seperti lipatan membuat samosa). Bubuh 2 sudu makan pulut ke dalamnya. Padatkan isinya dan lipat daunnya dengan rapi. Buatlah lagi beberapa keping. Kemudian, susun 3 atau 4 keping pulut bungkus ini dan ikat ketat dengan tali raffia. Pastikan daunnya tidak koyak atau merekah. Buatlah sehingga selesai kesemua pulut tadi.
3.Bubuh lopes-lopes ini kedalam periuk dan rebus selama 2 jam atau lebih, sehingga masak. Setelah itu tos dan sejukkan sebelum dihidangkan dengan kelapa parut kukus serta sirap gula Melaka.

Kelapa Parut
Kelapa parut dikukus dengan sehelai daun pandan dan disejukkan dahulu. Gaul dengan garam dan ketepikan.

Sirap Gula Melaka
Masak gula Melaka, gula pasir, air dan 2 helai daun pandan sehingga mendidih dan gulanya larut. Tapis dan sejukkan.

Kueh Lopes

Photobucket

Friday, February 5, 2010

Roti Boyan

Photobucket

Bahan-Bahan untuk kulit roti:
1kg tepung gandum
350 ml air suam
150ml minyak
3 sudu minyak sapi
1 sudu teh garam

Cara :
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk besen yg besar.
2. Cairkan minyak sapi & campurkan dgn minyak masakan. Garam dibubuh ke dalam air suam.
3. Masukkan minyak ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian, masukkan air sedikit sedikit dan uli hingga menjadi adunan yg lembut tapi jgn sampai lembik. Buat beberapa bebola daripada adunan tadi dan biarkan sebentar.

Bahan-bahan Inti:
800gm kentang (rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan dilecek halus)
4 biji telur
2-3 biji bawang besar (dihiris atau dadu)
200 gm isi ayam (potong kecil2, perap dgn sedikit ketumbar jintan, garam & digoreng)
secukup daun sup & daun bawang
1 batang cili merah hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
garam secukupnya

Cara:
1. Gaul rata kesemua bahan di atas hingga rata dan sebati .

Cara Membuat Roti Boyan :
Ambil dua biji bebola adunan yg sama besar. Canaikan di atas papan penggiling hingga menjadi bulatan yg nipis. Ambil sekeping adunan tadi dan isikan inti lalu tekapkan dgn sekeping lagi adunan. Kelim tepinya seperti mengelim epok-epok. Kemudian goreng dengan cara terendam (deep frying) dgn api yg sederhana.

Photobucket

Anda juga boleh membuat Roti Boyan ini seperti anda membuat roti canai/prata. Ambil satu adunan tadi dan tebarkan menjadi satu bulatan yg besar. Isikan inti dan lipatkan menjadi persegi empat. Goreng di atas kuali leper dgn membubuh sedikit minyak.

Sambal Tumis Ikan Bilis:
Bahan-Bahan
2 cawan cili kering kisar
3 biji bawang besar
sedikit ikan bilis (direndam)
sedikit belacan(Kesemua bahan dikisar halus)

sedikit air asam
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
1 cawan ikan bilis (di goreng separuh masak)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bahan2 kisar hingga betul2 garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Kemudian bubuh air asam, garam dan gula. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda. Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi. Kecilkan api dan biarkan sebentar sebelum diangkat.

Photobucket

Kueh Nagasari


Photobucket

1½ cawan (180 gm) tepung beras
4½ cawan (1000 ml) santan pekat (dari 1 biji kelapa)
½ cawan (110 gm) gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang raja/kepuk secukupnya (belah dua)
daun pisang secukupnya

Cara:
1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.
2. Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.
3. Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayukan dan tekankan sekepingpisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan lalu bungkuslah dgn rapi.
4. Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit.

Photobucket

Kueh Bakar Jagung

Kueh Bakar Jagung

Bahan-bahan
250 g tepung gandum
180 g gula pasir
400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak)
200 ml air
4 biji telur
1 tin cream style corn
2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan)
1/2 camca teh garam
3/4 camca teh pewarna makanan kuning
1 camca teh essen vanilla

Cara-cara
1.Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.
2.Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
3.Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil seperti cetak baulu, bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak.

Photobucket

Apam Mekar

Photobucket

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara:
1.Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2.Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5.Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7.Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8.Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9.Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10.Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
11.Siap untuk dihidangkan.

Photobucket

Cream Puff


Photobucket

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara:
Cara-cara untuk puff
1.Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang .
Photobucket

4.Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
5.Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung .

Cara-cara untuk inti
1.Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff .

Photobucket

Thursday, February 4, 2010

Kuih lapis beras


Photobucket

Kueh Lapis Beras

Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras
1 3/4 cawan santan
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila
(Saya selalu buat 2 kali ganda adunannya dan guna 1 kotak santan cap ayam-200ml,tambah air untuk jadikan ukuran santan)

Cara-cara
1.Panaskan kukusan.Sapukan sikit saja minyak pada loyang.
2.Masukkan kesemua bahan didalam satu bekas.Kacau rata.Tapis.
3.Bahagi dua adunan tadi. Satu warna putih dan satu lagi warna pink.
4.Kukuskan lapisan demi lapisan mengikut turutan warna seperti putih,pink,putih,pink dan seterusnya. (Kukuskan setiap lapisan dlm 3 hingga 4 minit-nanti nampaklah lapisan tu elok masaknya).
5.Untuk jadikan lapisan itu lebih kurang sama tebal ukurannya,ukur adunannya sebelum dituang,cnth:kalau ukuran setiap lapisan adalah 1/2 cawan,yg lain pun 1/2 cawan.Akhir sekali,jadikan lapisan itu berwarna merah.Kukuslah dlm 20 minit lagi.
6.NOTA: Setiap lapisan,bila masak,saya lap tudung kukusan untuk elak air timpa kuih.Tapi kalau air timpa atas kuih,saya serapkan dgn tisu kitchen towel sebelum sambung dgn lapisan lain.
7.Kuih lapis yg berjaya dibuat adalah kuih yang lapisannya boleh dibuka satu-satu.
8.Jangan lupa sejukkan kuih sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA.
Photobucket

Kueh Awol Awol Ubi kayu

Photobucket

Bahan-bahan ( satu loyang kecik )
½ kilo ubi kayu parut
120g gula pasir
½ sudu teh garam
½ sudu teh perasa
½ cawan air
pewarna yg disukai
kelapa parut putih yg dicampur dgn garam (dikukus sbentar)

Cara-cara
1.Ubi kayu parut diperah dan toskan airnya. ambil pati drpd air perahan ubi kayu itu dan digaul bersama ubi kayu parut tadi.
2.Masukkan garam, gula, perasa, serta air ke dalam ubi kayu tadi dan gaul rata.
3.Letakkan perwarna dan kacau. kemudian tuangkan ke dalam loyang yg telah disapu dgn sdikit minyak.
4.Kukus selama 15 minit ke dalam periuk kukus yg telah dipanaskan.
5.Bila da sejuk, potong dan makan bersama kelapa parut putih.

Selamat Mencuba

Photobucket

Sotong masak Hitam

Photobucket

Photobucket

Bahan-bahan
1 kg sotong biasa atau sotong katak -dibersihkan, potong ikut suka hati dan ambil dakwatnya.
20 tangkai cili kering (digunting2 dan direndam)
2 biji bawang besar (kalau yg kecil, gunakan 3 biji)
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit or kunyit serbok
sedikit belacan

*Kisar semua bahan di atas hingga halusminyak secukupnyasedikit garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan sotong lalu dikacau-kacau. Bubuh sedikit garam dan biarkan kuahnya pekat sedikit. Biarkan ia mendidih sebentar sebelum diangkat utk dihidangkan.

Photobucket
bismillah